
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa Pilhan Raya Umum ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 nanti.
Ekoran PRU15 yang semakin hampir ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menerusi Facebook rasminya telah meminta supaya pihak SPR memperbaiki kelemahan di dalam pilihan raya.
Menurutnya, SPR perlu mencegah pengundi dari membawa telefon bimbit semasa berada di pusat mengundi nanti.
Ini kerana, jika SPR tidak menghalang pengundi dari membawa telefon bimbit, Dr Mahathir mendakwa rasuah dan penipuan boleh berlaku.
Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.
“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang.”
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA 1. Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya.2. Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak…
Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Wednesday, October 19, 2022
Dr Mahathir turut mengatakan pihak SPR tidak mahu mendengar teguran mengenai kelemahan ini dan meminta agar kelemahan pilihan raya juga perlu diperbaiki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum PRU15 berlangsung.
Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya. Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak hendak dengar teguran berkenaan kelemahan ini.”
Menjengah ke ruangan komen, cadangan dari Dr Mahathir ini turut dipersetujui oleh sebahagian netizen.

Apa pendapat korang?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


