Dr Mahathir Gagal Pertahan Kerusi Langkawi, Hilang Deposit Pertaruhan

Politics
20 Nov 2022 • 12:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Mahathir gagal mempertahankan Kerusi Parlimen Langkawi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahan Kerusi Parlimen Langkawi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila tewas dalam saingan lima penjuru, hari ini.

Maklumat di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan, Dr Mahathir turut kehilangan deposit pertaruhan selepas hanya menduduki tempat keempat.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah mendahului saingan dengan meraih 25,463 undi untuk menewaskan Armishah Siraj (BN) dengan majoriti undi 11,945.

Dr Mahathir hanya menerima 4,566 undi, iaitu kurang 851 undi berbanding calon PH, Zabidi Yahya yang meraih 5,417 undi.

Calon Bebas, Datuk Paduka Abd Kadir hanya menerima 89 undi. - The Vibes, 19 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved