
Kota Kinabalu: Pakar epidemiologi Dr Maria Suleiman yang berpengalaman luas dalam krisis kesihatan antaranya usaha mengekang pandemik Covid-19 dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa Jumaat.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Dr Maria pernah mengetuai Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) semasa negara dilanda pandemik Covid-19 bagi menyelia pengurusan data penting, protokol kuarantin, bantuan kemanusiaan, dan komunikasi risiko.
AdvertisementAnak jadi Sabah berasal dari Penampang itu juga antara ‘hero’ yang membantu negara ketika pencerobohan Lahad Datu 2013, gempa bumi Gunung Kinabalu 2015 dan kontaminasi kimia Sungai Kim-Kim tahun 2019 serta operasi Hospital Lapangan di Cox’s Bazar.
Dr Maria yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam), menggantikan Datuk Dr Asits Sanna yang bersara wajib pada 4 Dis lepas, menurut kenyataan itu di sini, Jumaat.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di Kementerian Kesihatan menerima Ijazah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1990, dan Ijazah Sarjana dalam Kesihatan Komuniti juga dari UKM pada 1996.
Dr Maria menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada 17 Dis lepas. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
