
MEMBAKUT: Tujuh sekeluarga bakal meraikan sambutan Krismas tidak lama lagi apabila mereka berpindah ke rumah baharu mereka di Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), pemberian kerajaan negeri di bawah Program Perumahan SMJ, di sini baru-baru ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif yang menyerahkan kunci rumah kepada ketua keluarga Fandy Serutin dari Kampung Takapan berkata, mereka sekeluarga sudah pasti gembira menerima rumah baharu itu.
AdvertisementBeliau berkata, rumah itu disediakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai salah satu inisiatifnya membantu golongan kurang berkemampuan.
Ariffin berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Kini, Fandy dan isteri bersama lima anak boleh tinggal selesa di rumah yang baru siap itu memandangkan kediaman mereka sebelum ini sudah tidak sesuai untuk didiami dan saya harap ini membawa kegembiraan kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, lebih ramai individu yang layak akan terus mendapat manfaat daripada program ini pada masa akan datang.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Membakut Ibrahim Terki dan yang lain.






