Dr Maza Kongsi Ada Kajian Mengenai GISBH Tapi Tiada Tindakan Dari JAKIM?

Entertainment
13 Sep 2024 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu berkenaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) semakin menjadi bualan ramai, susulan dakwaan rumah amal milik syarikat itu yang dikatakan melakukan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menerusi satu kuliah berkata kajian berkenaan GISBH sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak penguat kuasa namun tiada tindakan yang diambil.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Dr Maza berkata isu mungkin tidak diangkat kerana beberapa perkara termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko selain mungkin ada individu yang tidak mempunyai jiwa besar untuk selesaikan isu.

@promediatajdidofficial

Dr MAZA Menjawab Pertanyaan Wartawan Berkenaan GISB

♬ original sound – PROmediaTAJDID – PROmediaTAJDID

“Mungkin sebahagian kepercayaan kumpulan (GISB) ini ada pada individu terbabit dan mungkin juga atas sebab musabab yang lain,” katanya.

Difahamkan, kumpulan yang membuat kajian tersebut mengambil langkah membawa kes itu untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Dr Maza berkongsi kenyataan itu susulan beberapa soalan daripada wartawan sebelum ini yang bertanya kepadanya bagaimana Perlis memulakan isu ini sehingga menjadi isu di peringkat nasional.

Beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai GISB untuk mengadakan pertemuan.

Difahamkan, pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk hadir pada pertemuan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.