Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR

LocalPolitics
5 Apr 2026 • 7:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, mengumumkan penarikan dirinya daripada parti berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu disampaikan melalui surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, bertarikh 5 April.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Dr Noraishah menjelaskan bahawa penarikan diri dibuat kerana beliau tidak lagi memahami hala tuju dan perkembangan parti sejak Konvensyen PKR 2025 di Johor Bahru.

“Saya tidak memahami apakah perjuangan PKR kini,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut memuat naik surat penarikan beliau sebagai ahli PKR.

Baca juga:

Beliau menegaskan sokongannya hanya kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kini memilih menyertai gerakan RealReform yang lebih selari dengan prinsip dan pegangan peribadinya.

Dr Noraishah turut menekankan keputusan ini diambil selepas pertimbangan panjang, termasuk faktor kesihatan fizikal dan mental, serta prinsip perjuangan.

Selain itu, Dr Noraishah menyatakan fokus perjuangannya tetap untuk kebajikan anak-anak spina bifida di Malaysia dan melahirkan kekecewaan terhadap kebolehcapaian pejabat parti, walaupun beliau berkerusi roda.

The post Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR appeared first on The Reporter.