Dr Rezal Khairi dah cerai dengan Raisyyah Rania Yeap, kahwin dengan isteri baharu Suraya

12 Dec 2023 • 8:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, Dr. Rezal Khairi Ahmad menjelaskan bahawa perkahwinan beliau sebelum ini telah berakhir pada November 2022

Dr. Rezal Khairi berkata, beliau kini memulakan hidup baharu dengan mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita bernama Suraya pada April tahun ini.

image is not available

“Saya sudah selamat bernikah dengan Suraya pada April lalu. Penjelasan ini perlu dilakukan kerana ada orang masih menganggap saya masih bersama dia (bekas isteri),” katanya kepada Oh My Media.

Menerusi satu temu bual, beliau berharap orang ramai dapat menghormati perkahwinan baharunya selain tidak mahu dikaitkan lagi dengan kisah lama oleh segelintir pihak.

“Kadang kala kami terganggu dengan kemunculan cerita-cerita lama. Kami mahu ‘move on’ dan menjalani kehidupan yang semakin bahagia,” ujarnya.

image is not available

Menerusi perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia lima tahun.

Tambah Dr. Rezal Khairi, beliau juga menegaskan bahawa akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat individu masih mengungkit kisah lama terutama mengenai perkahwinan terdahulu.

image is not available

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Perkara ini sangat mengganggu kehidupan saya, isteri dan anak,” katanya lagi.

image is not available

Sementara itu, Dr. Rezal Khairi memaklumkan, beliau dan isteri telah mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel terletak di ibu negara pada 25 November lalu.

image is not available