Dr Say ‘Expose’ Bibik Kasari Anak, Netizen Persoal Tindakan Tinggalkan Anak Ketika ‘Outstation’ Dengan Isteri

Entertainment
22 Nov 2024 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa bulan lalu, pempengaruh Dr Say Shazril pernah mendedahkan tentang perbuatan tidak senonoh dua pembantu rumahnya yang membawa masuk lelaki asing ke dalam rumah.

Selepas kes itu, ramai yang menjangkakan bahawa pembantu rumah terbabit telah dihantar pulang namun tidak kerana Dr Say memberikan peluang kedua buat mereka.

Bagaimanapun, kebaikannya telah dipersia-siakan apabila pembantu rumah tersebut sekali lagi melakukan tindakan tidak wajar dengan melakukan kekerasan terhadap anaknya.

Kesilapan yang patut saya sedari dari awal

Dr Say kongsikan perbuatan pembantu rumah terbabit yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu rumah.

Katanya, perkara itu disedari oleh isterinya Dr Azura Abas yang ketika itu bersamanya di Pulau Pinang berkaitan urusan kerja.

image is not available

Kesal dengan perkara itu, Dr Say nekad untuk memberhentikan pembantu rumah tersebut dan sudah menghubungi pihak agensi untuk memaklumkan isu terbabit.

“Saya mengaku salah tak buang terus maid Filipina tu lepas incident bawa masuk lelaki yang lepas. Saya tidak menjangka dia sampai begini sekali. Mujur tiada kecederaan serius pada Baby Zeq.”

image is not available

Netizen kritik Dr Say

Walaupun perkongsian itu untuk pengajaran kepada semua, netizen bagaimanapun mempersoal tindakan Dr Say yang masih ‘membela’ pembantu rumah terbabit selepas melakukan kesilapan sebelum ini.

Ramai menasihati sepatutnya Dr Say elakkan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pembantu rumah untuk menjaga anak-anaknya terutama ketika ketiadaan penjaga.

image is not available image is not available image is not available

Sedar dengan kritikan itu, Dr Say mengakui kesilapannya dan berterima kasih atas teguran serta nasihat yang diberikan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.