Dr Siti Hasmah dikenang seorang budi bahasa – Lee Hsien Loong

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 4:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dr Siti Hasmah dikenang seorang budi bahasa – Lee Hsien Loong

SINGAPURA: Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai seorang yang mesra, berbudi bahasa, ceria serta memiliki sifat humor yang menyenangkan.

Dalam ucapan takziahnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga, Hsien Loong berkata Allahyarham mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya wanita, kanak-kanak dan keluarga menerusi perkhidmatannya sebagai doktor.

“Ho Ching dan saya akan sentiasa mengenang Tun Dr Siti Hasmah dengan penuh kasih,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau turut mengenang perbualannya bersama Dr Siti Hasmah mengenai minat Allahyarham terhadap muzik dan biola.

“Saya masih ingat berbual dengan Tun Dr Siti Hasmah mengenai persembahan biolanya di Istana Budaya, ketika beliau bermain untuk tujuan kebajikan.

“Beliau terus membuat persembahan sehingga usia 90-an, termasuk bagi mengumpul dana untuk kebajikan. Semangat hidup beliau amat mengagumkan,” kata beliau.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Isnin pada usia 100 tahun.-BERNAMA

The post Dr Siti Hasmah dikenang seorang budi bahasa – Lee Hsien Loong appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved