Dr Solehah tolak pampasan 6 bulan gaji, cabar UIAM di mahkamah

24 Aug 2026 • 9:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pensyarah yang pernah mencetuskan kontroversi, Dr Solehah Yaacob berhasrat mencabar keputusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menamatkan perkhidmatannya, dengan menyifatkan tindakan universiti itu sebagai tidak profesional.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, perkara tersebut akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan bagi mencabar keputusan berkenaan.

“Saya dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan,” katanya kepada FMT.

Solehah berkata, UIAM turut menawarkan bayaran pampasan bersamaan enam bulan gaji susulan penamatan perkhidmatannya, namun tawaran itu ditolaknya.

“UIAM mahu bayar saya (pampasan) bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya tolak,” ujarnya.
Image from: Dr Solehah tolak pampasan 6 bulan gaji, cabar UIAM di mahkamah

Foto: FB Solehah Yaacob

Terdahulu, UIAM memaklumkan Solehah yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam linguistik bahasa Arab telah ditamatkan perkhidmatan pada April lalu dan tidak lagi bergelar profesor di universiti berkenaan berkuat kuasa 27 April.

Universiti itu turut mengingatkan bahawa Solehah tidak dibenarkan menggunakan sebarang gelaran atau jawatan yang mengaitkannya dengan UIAM, selain tidak boleh mendakwa masih mempunyai hubungan dengan institusi berkenaan.

Bagaimanapun, Solehah mempertikaikan cara penamatan tersebut dibuat, lebih-lebih lagi selepas beliau menerima anugerah Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sehari sebelum itu.

Image from: Dr Solehah tolak pampasan 6 bulan gaji, cabar UIAM di mahkamah

Foto: FB Solehah Yaacob

MyRA yang diperkenalkan pada 2006 merupakan instrumen bagi menilai prestasi penyelidikan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Nama Solehah sebelum ini menjadi perhatian susulan beberapa pandangannya yang mencetuskan perdebatan mengenai sejarah dan tamadun Melayu.

Antara kenyataan yang pernah dilaporkan termasuk dakwaan bahawa orang Rom mempelajari ilmu pembuatan kapal daripada orang Melayu, selain mendakwa mendapan bijih besi di Malaysia terbentuk akibat hentaman meteor.

Sumber: Free Malaysia Today (Sean Augustin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved