Khidmat Dr Solehah Sebagai Kakitangan Akademik Tamat Pada 27 April Lalu - UIAM

23 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Khidmat Dr Solehah Sebagai Kakitangan Akademik Tamat Pada 27 April Lalu - UIAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April lepas.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM, penggunaan gelaran, jawatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan universiti itu oleh Solehah tidak lagi dibenarkan.

"Sehubungan itu, UIAM ingin menjelaskan bahawa penggunaan sebarang gelaran, jawatan, Kulliyyah, Pusat, Institut, Jabatan atau apa-apa bentuk hubungan rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan.

"Oleh itu, penggunaan sebarang gelaran atau jawatan yang dikaitkan dengan UIAM tidak dibenarkan dalam mana-mana bahan promosi, laporan media, penerbitan, iklan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau bentuk penyebaran lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Tambah universiti itu, pihaknya berharap penjelasan dapat membantu mengelakkan sebarang salah faham serta memelihara integriti dan kedudukan akademik Universiti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved