“Drama apa lagi ni?” – Pak Sunhaji Menangis Meminta Presiden Prabowo Tak Terima Gus Miftah Letak Jawatan

Entertainment
9 Dec 2024 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, hangat diperkatakan kisah dari negara seberang berkenaan seorang penjual teh ais yang telah dihina pendakwah terkenal di Indonesia dalam sebuah majlis ilmu.

Susulan isu tersebut, pendakwah berkenaan, Gus Miftah Habiburrohman telah dikritik netizen sehinggakan beliau memutuskan untuk meletak jawatan dari menjadi Utusan Khusus Presiden.

Pengunduran itu dilakukannya kerana dia berasa sedih tidak dapat memenuhi kepercayaan yang diberikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

image is not available

Pak Sunhaji minta Prabowo tidak terima peletakan jawatan Gus Miftah?

Di saat netizen berasa ‘lapang dada’ dengan keputusan Gus Miftah untuk meletak jawatan, tiba-tiba muncul pula sebuah video di TikTok memaparkan Pak Sunhaji, penjual teh ais yang telah dihina itu membela Gus Miftah.

Menurut Pak Sunhaji, dia memohon agar Presiden Indonesia untuk tidak menerima peletakan jawatan pendakwah itu kerana dia sudah memaafkan pendakwah tersebut.

@blue.sky1353

drama apalagi ini? bapak sonhaji menangis meminta presiden prabowo menolak pengunduran gua miftah jadi utusan khusus presiden #gusmiftah #sonhaji

♬ Teramini – Ghea Indrawari

Saya sudah memaafkan Sunhaji. Saya memohon kepada Bapak Prabowo untuk menolak pengunduran diri Gus Miftah,” katanya sambil menangis.

Video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia yang mana rata-rata menganggap perlakuan Pak Sunhaji agak pelik dan berprasangka bahawa video itu dibuat atas arahan Gus Miftah sendiri.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada lagi penjelasan lanjut berkenaan permohonan Pak Sunhaji itu dan tidak diketahui sama ada kenyataannya adalah sukarela ataupun disuruh oleh pihak tertentu.

Apa-apapun kita yang dari Malaysia ni doakan saja semoga Pak Sunhaji terus murah rezeki dan beroleh kejayaan. Moga-moga tak ada lagi yang menghina atau membuli beliau.

Sumber: Suara, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.