Drama Baru Song Joongki Undang Spekulasi – “Macam Sengaja Letak Klu Song Hyekyo”

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hubungan dan perkahwinan kilat Song Joong-ki serta Song Hye-kyo pada tahun 2017 dahulu pernah dianggap bak kisah dongeng, selepas mereka sama-sama membintangi drama popular ‘Descendants Of The Sun’ namun, rumah tangga pasangan itu akhirnya mengejutkan ramai apabila berakhir dengan perceraian secara tiba-tiba.

Kini, Song Joong-ki kembali membintangi drama baharu berjudul ‘My Youth’ bersama pelakon Chun Woo-hee. Gandingan mereka mendapat perhatian besar kerana chemistry yang kuat, bukan sahaja dalam drama tetapi juga ketika sesi promosi.

Namun, tular di TikTok beberapa perbandingan antara babak ‘My Youth’ dengan interaksi Song Joong-ki dan Song Hye-kyo dalam ‘Descendants Of The Sun’. Ada netizen menuduh pihak produksi memilih Chun Woo-hee kerana wajahnya mirip Song Hye-kyo, sekali gus menimbulkan spekulasi sama ada ia sekadar kebetulan atau disengajakan.

image is not available

Beberapa video lain yang turut menggabungkan babak ‘My Youth’ dengan klip lama ‘Descendants Of The Sun’ semakin menambah perbualan hangat di kalangan peminat, menjadikan topik ini kembali viral di media sosial.

image is not available 2025-08-19 12:17:17

"Saya Dah Lama Berharap" - Peminat Kecewa Isteri Kim Jongkook Bukan Song Jihyo

View Original Article