Sudah 12 tahun bersama, rasa cinta antara pasangan Jung Kyung-ho dan Soo-young tidak pernah berkurangan.
Baru-baru ini, pelakon “Hospital Playlist” iaitu Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok dan Jeon Mi-do telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘channel fullmoon’.
Ketika sedang berborak, penerbit Na Young-seok menegur hidung Jung Kyung-ho yang nampak sawo matang. Respon lelaki itu,
Saya pergi ke Australia. Saya pergi bercuti dengan Soo-young.
Soal Na Young-seok,
Walaupun dah 10 tahun berkenalan, adakah awak masih gembira?

Jawab Jung Kyung-ho selepas memperbetulkan bahawa mereka sebenarnya dah bersama selama 12 tahun,
Kerana saya tidak melakukan apa-apa berseorangan. Saya tak pernah cuba untuk lakukannya sendiri. Selalu dengan pasangan saya sahaja.
Alala bersemut la!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Sebab Saya Tak..” – Dah 12 Tahun Bersama, Jung Kyungho Jawab Sebab Tak Pernah Bosan Dengan Sooyoung first appeared on KimchiDaily.my.



