Drama Korea Pertama Song Kangho, ‘Uncle Samsik’ Bakal Tayang Separuh Pertama 2024

3 Jan 2024 • 12:36 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah!

Drama asal Disney+ “Uncle Samsik” telah mengesahkan tayangannya iaitu pada separuh pertama tahun 2024 yang diterajui oleh Song Kang-ho, Byun Yo-han dan Seo Hyeon-woo.

Drama ini berlatarkan tahun 1960-an yang huru-hara di Korea yang mengisahkan tentang Sam-sik yang sentiasa menghidangkan makanan sebanyak tiga kali sehari walaupun semasa perang dan Kim San, seorang pemuda elit yang ingin mencipta sebuah negara di mana semua orang akan menjalani kehidupan yang sempurna dan aman.

image is not available

Apa yang menarik tentang “Uncle Samsik” adalah, ini merupakan siri pertama Song Kang-ho dalam kerjaya lakonannya. Sebelum ini, pelakon legend itu sentiasa dilihat di layar perak seperti, “A Taxi Driver, “Parasite”, “Memories Of Murder” dan macam-macam lagi filem popular. Ia merupakan satu kelainan bagi pelakon itu.

Tambahan, pihak produksi serta Disney+ telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ia bakal ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024.

Suka betul tengok lakonan Song Kang-ho.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.