Plot Provokatif, Drama ‘Between Him & Her’ Lakonan Donghae SJ Raih Rating 0% Sahaja

Entertainment
3 Jan 2024 • 1:05 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Drama baru “Between Him & Her” di Chanel A memulakan perjalanannya dengan rating rendah.

Menurut Nielsen Korea, drama yang baru ditayangkan itu mencatatkan kadar tontonan sebanyak 0.5% berdasarkan isi rumah di seluruh negara untuk episod awalnya sebelum menurun ke 0.4% ketika episod seterunya.

Kesulitan dalam mencapai rating yang tinggi dijangka kerana “Between Him & Her” hanya ditayangkan setiap Selasa sahaja. Drama ini diadaptasi dari webtoon popular yang berkisarkan kisah cinta provokatif dan keghairahan antara lelaki dan perempuan yang tidak dapat berpisah.

image is not available

Bukan hanya Donghae Super Junior, Lee Seol, Im Jae-hyuk, Yoon Ye-joo, dan Choi Won-myoung turut membintangi drama ini.

Korang layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.