Saat Aku Tahu ialah sebuah drama psikologi romantik yang mengangkat tema kepercayaan, kekecewaan dan dendam dalam hubungan.
Mengisahkan pengkhianatan antara suami, isteri dan sahabat baik, drama ini menawarkan konflik emosi yang tegang serta plot penuh kejutan.
Artikel ini merangkumkan sinopsis, pelakon dan highlight episod untuk rujukan penonton.
Sinopsis Saat Aku Tahu
Saat Aku Tahu mengisahkan tentang Ameena (Anna Jobling), seorang isteri yang selama ini hidup dalam kepercayaan dan kesetiaan terhadap suaminya, Zaraf (Hisyam Hamid).
Namun dunia Ameena musnah sekelip mata apabila dia mengetahui kebenaran yang paling menyakitkan bahawa Zarif sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Maira (Ummi Nazeera), sahabat baiknya sendiri.
Terkejut dan hancur, Ameena berubah daripada seorang wanita lembut kepada individu yang dingin dan penuh tekad. Pengkhianatan itu menyalakan api dendam dalam dirinya. Dia bangkit merencana langkah demi langkah untuk menuntut semula maruah yang telah dirampas.
Namun Maira bukanlah lawan yang mudah. Enggan mengalah atau melepaskan Zarif, Maira mula bertindak balas, menjadikan konflik mereka bukan sekadar pergaduhan dua wanita, tetapi sebuah perang psikologi yang semakin berbahaya.
Pertarungan emosi itu perlahan-lahan memerangkap orang sekeliling mereka, termasuk Zarif sendiri sehingga setiap keputusan membawa risiko yang boleh menghancurkan sesiapa sahaja yang terkait.
Dalam dunia yang dipenuhi dusta, manipulasi dan dendam, Saat Aku Tahu membawa penonton menyaksikan sejauh mana seseorang sanggip pergi apabila cinta dikhianati dan maruah tercabar.




Senarai Pelakon & Lagu Tema
Drama Saat Aku Tahu terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Riza Baharudin. Drama 16 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:
- Anna Jobling sebagai Ameena
- Ummi Nazeera sebagai Maira
- Hisyam Hamid sebagai Zarif
- Luqman Hafidz sebagai Harris
- Eizlan Yusof sebagai Zaidi
- Quinneyra Alyssha sebagai Airis
- Haeriyanto Hassan sebagai Isyam
- Nik Rifaie sebagai Chaen
Lagu Tema
- Tajuk : Kemaafan Dendam Yang Terindah
- Penyanyi : Ara Johari
- Lirik : Roslan Ariffin & Habsah Hassan
LIRIK LAGU
Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi
Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka
Kekasih ku ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasih ku tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja
Kemaafan dendam yang terindah
Kehangatan mentari dingin salji
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci
Kekasihku ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasih ku tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja
Kemaafan kemaafan dendam yang terindah
Tarikh Tayangan
Drama Saat Aku Tahu ditayangkan bermula 6 November 2025, setiap Khamis & Jumaat, jam 12 tengah hari di platform penstriman, Viu.
Tonton setiap episod penuh Drama Saat Aku Tahu dengan melanggan Viu sekarang di sini: https://www.viu.com/ott/my
Promo Drama Saat Aku Tahu
Tonton highlight setiap episod Drama Saat Aku Tahu di sini:
- Episod 1 : https://youtu.be/Qm8THMBiS8s?si=53LV2XNQgb879ZkZ
- Episod 2 : https://youtu.be/934d-_OGEME?si=dNe55GXoXe7Zx02K
- Episod 3 : https://youtu.be/i3gmamhGu2E?si=kutq2myYVkPHBMze
- Episod 4 : https://youtu.be/QIFqtxMxN6w?si=bxRdndJdah3dWa87
Baca juga:
