Drama Tak Habis! Adi Putra, Johan Tiba-tiba Sampai Jakarta Pula

Entertainment
26 Aug 2022 • 8:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aid Putra dan Johan As'ari bergambar bersama pelakon Mat Kilau lain di Jakarta. - Gambar dari Instagram

Pelakon Mat Kilau, Datuk Adi Putra dan Johan As'ari sebelum ini dikatakan tidak akan ke Jakarta susulan 'perang dingin' dengan penerbit namun tiba-tiba lain pula ceritanya apabila masing-masing memuat naik video sudah berada di negara jiran itu sebentar tadi.

Melalui akaun media sosial Adi Putra, pelakon itu berterima kasih kepada CBI Pictures, Yayan Ruhian dan FINAS kerana mengundang mereka ke Tayangan Malam Gala Mat Kilau di Jakarta yang dijadualkan malam ini. 

image is not available
Aid Putra (kiri) dan Johan As'ari - Gambar dari Instagram

Bukan itu sahaja, menurut hantaran terbaharu Johan di Instagram, kehadiran mereka ke Jakarta adalah menggunakan sepenuhnya duit poket Adi Putra. 

“Terima kasih abang Kilau kerana menaja perbelanjaan daripada perjalanan, penginapan dan makan minum Yassin,” tulisnya dengan tanda pagar business class.

Adi Putra sebelum ini memaklumkan dia tidak akan ke Jakarta bagi menghadiri Malam Gala Filem Mat Kilau kerana terkilan dengan penerbit yang tidak mengangkat panggilan telefon walaupun telah dihubungi semula sebanyak 11 kali. 

Pelakon itu bagaimanapun memaklumkan dia akan mempertimbangkan kehadiran sekiranya mendapat undangan daripada pihak penganjur dari Indonesia. - Getaran, 26 Ogos 2022.