Syamsul Yusof Enggan Campur Tangan, Tak Tahu Apa Yang Berlaku Pada Adi Putra, Johan As’ari Dan Studio Kembara

Entertainment
25 Aug 2022 • 10:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Tak pasti apa yang berlaku antara Adi Putra, Johan dan Studio Kembara

Sebelum ini, pelakon yang memegang watak Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra memberitahu bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke Indonesia bagi menghadiri tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Perkara itu diberitahu olehnya selepas menyatakan bahawa dia masih berasa terkilan dengan syarikat penerbit Studio Kembara yang masih di dalam sikap ‘silent mode’ kepadanya.

Syamsul Yusof tak nak ulas isu Adi Putra dengan Studio Kembara

Berikutan itu, pengarah terkenal filem Mat Kilau, Syamsul Yusof memaklumkan dia tidak mahu mengulas berhubung isu yang melibatkan pelakon utama tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, jelasnya, dia tidak mahu campur tangan tentang perkara tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap keterujaanya untuk ke Indonesia.

Terkejut Johan As’ari juga tidak ke Indonesia

“Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya.

“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesa kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.

“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang,” jelas Syamsul sewaktu ditemui, semalam (24 Ogos).

Pergi Indonesia untuk Yayan Ruhian dan peminat

Maklum pengarah itu keberangkatannya ke negara jiran itu hanyalah untuk Yayan serta peminat yang sudah menanti di sana.

“Saya akan ke sana esok (25 Ogos) manakala pratonton pada lusa (26 Ogos). Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu,” ulasnya lagi.

Harap ada kejutan untuk promosi filem tersebut di Indonesia nanti

Ketika ditanya adakah dia merasa pelik apabila promosi filem yang dilakukan tidak hadiri pelakon utama, Syamsul mengharapkan bakal ada kejutan yang berlaku nanti.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan mula muncul di Indonesia bermula 31 Ogos ini sekaligus mencipta sejarah apabila filem ini ditayangkan di 200 pawagam di negari tersebut.

“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.

“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,” katanya lagi.