DRB-Hicom kembali untung RM101.86 juta pada 3Q26 berbanding kerugian bersih RM15.19 juta

LocalBusiness & Finance
27 Nov 2026 • 8:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

DRB-Hicom kembali untung RM101.86 juta pada 3Q26 berbanding kerugian bersih RM15.19 juta Image from: DRB-Hicom kembali untung RM101.86 juta pada 3Q26 berbanding kerugian bersih RM15.19 juta hamden27/11/2026 - 08:59 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Nov - DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM101.86 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 (3QFY26), berbanding kerugian bersih RM15.19 juta dalam tempoh sama tahun lalu, disokong prestasi lebih baik segmen mobiliti, hartanah dan perbankan.

 

Peningkatan keuntungan itu turut disokong pertumbuhan hasil kumpulan sebanyak 35.4% kepada RM6.07 bilion berbanding RM4.48 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, konglomerat itu berkata prestasi lebih baik berkenaan didorong sumbangan lebih tinggi daripada segmen mobiliti, hartanah dan perbankan, selain peningkatan jualan, prestasi operasi yang lebih baik serta pengurusan kos berkesan.

 

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, segmen mobiliti mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 36.4%, disokong jualan Proton lebih tinggi serta pertambahan sumbangan daripada perniagaan aeroangkasa susulan pengambilalihan CTRM AeroSystems Sdn Bhd pada Disember 2025.

 

Segmen perbankan turut merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 9.5% kepada RM1.81 bilion, manakala segmen pos meningkat 8.5% kepada RM1.46 bilion.

 

Sementara itu, hasil segmen perkhidmatan meningkat 5%, didorong jumlah pemeriksaan kenderaan lebih tinggi serta permintaan terhadap perkhidmatan berkenaan.

 

Bagaimanapun, segmen hartanah menjadi satu-satunya segmen yang mencatatkan penurunan hasil kepada RM104.11 juta.

 

DRB-Hicom berkata, penurunan itu disebabkan terutamanya hasil lebih rendah daripada aktiviti berkaitan pembinaan susulan penyempurnaan projek dalam tempoh sama tahun sebelumnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved