“Driver Bus of The Year” – Tindakan Pemandu Bas Sanggup Teman OKU Warga Emas Ke Tandas Raih Pujian

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 5:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebiasaannya, seringkali kedengaran keluhan dan luahan daripada penumpang khususnya bas ekspres mengenai sikap pemandu.

Ada segelintir pemandu didakwa menunjukkan sikap tidak sopan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, membawa kenderaan dengan laju serta memberikan layanan yang tidak baik terhadap pelanggan.

Pimpin Tangan & Teman Warga Emas Ke Tandas

Namun, berbeza pula dengan layanan dan sikap baik seorang pemandu bas ini terhadap penumpangnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Afzal Faizul di kumpulan Peminat Bas-Bas Ekspres, dia berkongsikan momen yang disaksikannya ketika menaiki bas menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Jelas Afzal, sepanjang dia menggunakan perkhidmatan syarikat bas MyXpress, kebanyakan pemandu yang dijumpainya bersikap kurang sopan terhadap penumpang.

“Driver bus of the year. Selalu MyXpress muka semua gara-garang dan tidak rileks, bawa barang banyak sikit pun bising apatah lagi lambat naik lepas berhenti R&R atau hentian, mahu tarik muka dari R&R sampai TBS,” tulisnya.

Namun, kejadian baru-baru ini telah mengubah persepsinya terhadap pemandu bas.

Menurut Afzal, dia terharu melihat layanan baik seorang pemandu bas syarikat terbabit terhadap penumpang warga emas ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke TBS.

Apa yang mencuri perhatiannya adalah pemandu bas itu sanggup menemani warga emas yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan pergi ke tandas.

“Kali ni luck (tuah) dapat naik bas yang pemandu cool dan baik. Pakcik baju belang tu buta, isteri dia pun buta.

“Driver (pemandu) ni pimpin tangan sampai dalam tandas sebab pakcik tu nak kencing. Semoga pakcik dan driver bas tu sihat selalu. MYKB20, Kota Bharu ke TBS. Tahniah pakcik, anda terbaik,” tulisnya.

image is not available
Foto: Tangkap Layar Facebook

Pengguna Media Sosial Puji, Ada Yang Kongsi Pengalaman Berjumpa Pemandu Bas Sama

Hantaran yang telah mendapat 13,000 tanda suka itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti mereka memuji tindakan pemandu bas berkenaan terhadap penumpang warga emas itu.

Ini kerana bagi mereka amat sukar untuk menemui pemandu yang dapat memberi layanan baik kepada penumpang.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat syarikat bas berkenaan seharusnya memberi penghargaan atas keikhlasan dan kebaikan pekerja mereka itu.

Malah, ada juga pengguna yang pernah menjadi penumpang pemandu bas digelar sebagai Pok Jak itu turut berkongsi pengalaman sama.

Bagi mereka, pemandu bas yang juga merupakan bekas pekerja syarikat bas ekspres Transnasional diakui sememangnya baik dan sopan terhadap penumpang.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Pok Jak Driver Baju Merah Tu, Orangnya Memang Baik, Cakap Pun Bersopan, Orang Lama Ni”

image is not available

“Bukan Semua Driver Bas Tu Garang, Ramai Je Yang Baik”

image is not available

“Kalau Pemandu Ex Trans Yang Otai, Kebanyakan Diberi Kursus & Latihan Menjadi Pemandu Berhemah”

image is not available

“Pemandu Bas Pun Manusia Biasa, Sama Macam Semua Orang, Apa Pun Terbaik Driver Macam Ni”

image is not available

Source: