“Driver bus of the year” – Pemandu Bas Dipuji Pimpin Penumpang Suami Isteri OKU Pergi Tandas

Entertainment
4 Oct 2024 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang pemandu bas yang membantu penumpang golongan orang kelainan upaya (OKU) di sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR) telah mendapat pujian ramai.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Group Facebook Peminat Bas-Bas Ekspress, sikap prihatin pemandu bas lelaki itu sangat menyentuh hati apabila sanggup memimpin tangan pasangan OKU penglihatan itu untuk ke tandas.

Kata pengguna yang memuat naik hantaran tersebut, mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Tindakan itu secara tidak langsung dapat menjadi contoh positif kepada para pemandu bas lain sekiranya melihat penumpang yang memerlukan pertolongan.

image is not available

 

“Selalunya muka pemandu semua garang-garang dan tak relax. Bawa barang banyak sikit pun bising apatah lagi lambat naik lepas berhenti RnR atau hentian, mahu tarik muka.

“Kali ini bertuah dapat naik bas yang pemandunya baik dan cool. Pakcik baju belang tu buta (OKU) dan isteri dia pun sama. Pemandu ni pimpin tangan pakcik tu sampai dalam tandas,” tulisnya.

Malah, pengguna itu turut memberi gelaran ‘driver bus of the year’ kerana terharu melihat sikap terpuji pemandu terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terharu dengan sikap murni pemandu tersebut dan berharap dia diberi penghargaan atas tindakan terpuji berkenaan.

image is not available image is not available

Terima kasih orang baik!

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.