Dron ‘mata’ di kawasan bencana

LocalTechnology
10 Sep 2026 • 8:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dron ‘mata’ di kawasan bencana

PETALING JAYA: Dua pasukan dron Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan untuk meninjau empat sektor terjejas antara Syafrubesi dan Timure di Rasuwa, Nepal, bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan kawasan bencana dan menentukan operasi susulan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, operasi cerapan udara itu dijadualkan berlangsung selama dua hari dengan tumpuan kepada pengumpulan data foto udara di kawasan terjejas.

Katanya, data berkenaan penting bagi membantu pasukan penyelamat mengenal pasti keadaan semasa kawasan terbabit, termasuk tahap kerosakan dan laluan yang sesuai untuk menyokong operasi seterusnya.

“Setiap pasukan dron terdiri daripada lapan anggota, iaitu empat anggota SMART dan empat anggota Angkatan Tentera Nepal.

“Data yang dikumpulkan menerusi cerapan udara akan dianalisis bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan kawasan terjejas, sekali gus membantu perancangan serta pelaksanaan operasi susulan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, keadaan cuaca yang kerap hujan setiap hari menjadi cabaran utama kepada pasukan dalam memastikan penerbangan dron dan pengumpulan data foto udara dapat dilaksanakan secara optimum.

Dalam perkembangan sama, Meor Ismail berkata, pasukan SMART diketuai Inspektor Abdullah bersama 10 anggota berlepas dari Markas Taktikal Tentera Nepal di Trishuli pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan menuju ke Dhunche menggunakan helikopter MI-17.

Katanya, Dhunche berfungsi sebagai pangkalan hadapan taktikal bagi operasi di kawasan Rasuwa yang meliputi Timure, Syafrubesi, Dhunche dan Mailung.

“Pasukan SMART selamat tiba di Dhunche pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

“Setibanya di lokasi, pasukan akan membangunkan pangkalan hadapan sebagai pusat sokongan operasi cerapan udara, selain lokasi persediaan dan penginapan sementara sekiranya keadaan operasi memerlukan,” katanya. – UTUSAN

The post Dron ‘mata’ di kawasan bencana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved