Dron Sinematografi DJI Inspire 3 Dijual Pada Harga Mencecah RM72,000

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dron DJI popular di kalangan peminat videografi kerana memudahkan penggambaran dari udara. Bagi syarikat produksi perfileman besar, DJI Inspire 3 telah dilancarkan pagi ini dengan ia sebuah dron sinematografi profesional yang hadir dengan kamera Zenmuse X9-8K Air yang boleh merakam video pada resolusi 8K 75p.

image is not available

Menurut DJI, Zenmuse X9-8K Air ialah kamera bingkai penuh yang paling ringan di pasaran sekarang. Ia dilengkapi sistem pemprosesan imej CineCore 3.0. Kamera dipegang oleh gimbal yang membolehkan pusingan 360 darjah dan disengetkan sehingga 80 darjah. Selain rakaman 8K, kamera juga bole merakam video 4K 120FPS ProRES SAW. Lensa yang digunakan adalah dari keluarga cagak DL.

image is not available

Rekaan tubujh Inspire 3 adalah lebih aerodinamik membolehkan ia bergerak pada kelajuan 10 m/s secara mendatar dan 8 m/s secara menegak. Menerusi sistem antena berganda, ketepatan lokasi GPS dron ini ialah dalam sukatan sentimeter. Antena juga membolehkan dron diterbangkan sehingga 15km dari juruterbangnya.

image is not available

Kerana ia direka untuk digunakan oleh krew juru filem profesional, Inspire 3 boleh dikawal oleh tiga pengguna serentak. Satu juruterbang, satu pengawal gimbal dan seorang lagi mengawal fokus kamera. Dengan bateri berganda TB51 baharu, Inspire 3 boleh terbang sehingga 28 minit dengan sekali caj. Bagi yang berminat DJI Inspire 3 akan dijual pada harga $16,499 (~RM72,369) pada Jun hadapan.