Dron XAG Inovasi Terkini Perladangan Ubi Kayu

Environment
15 Jun 2022 • 4:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Kita sering melihat gajet penerbangan tanpa pemandu yang dipanggil dron digunakan oleh ramai orang masa kini.

Lazimnya ia digunakan untuk menangkap atau merakam gambar pemandangan dari ruang udara. Sejak tahun 2013, teknologi dron dilihat telah berkembang meluas dengan pelbagai fungsi. 

Kini ia bukan sahaja digunakan oleh orang awam, malah anggota beruniform untuk melakukan tugas-tugas tertentu seperti membuat tinjauan setempat.

Terdapat juga dron yang dicipta mengikut spesifikasi ketenteraan yang digunakan untuk menyerang  dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi sebuah inovasi yang telah dilaksanakan terhadap dron dalam industri pertanian.

image is not available

Pertanian yang dimaksudkan adalah penanaman ubi kayu yang terletak di Siem Reap, Kemboja. 

Baru-baru ini, teknologi dron telah diperkenalkan kepada petani di kawasan khusus untuk tanaman ubi kayu yang berkeluasan skala kecil.

Mereka menggunakan model dron XAG bagi membantu proses semburan air dan bahan kimia. Ia didapati mampu mengurangkan pembaziran air, tenaga kerja dan semburan baja projek pertanian tersebut. 

Bukan itu sahaja, dron ini juga dapat menjimatkan kos berbanding pemasangan sistem perpaipan yang menelan belanja yang lebih tinggi.

image is not available

Ladang ubi kayu di Kemboja mempunyai keluasan sehingga 600 hektar dan merupakan tanaman kedua terbesar di negara tersebut selepas padi. 

Malah ubi kayu juga adalah sumber makanan penting dalam industri pertanian negara Kemboja yang menyumbang kepada kadar peningkatan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sehingga empat peratus. 

Selepas mengenali teknologi dron XAG ini, sebilangan besar petani di sana sudah memohon untuk mendapat latihan lanjut tentang pengendalian alat ini.

image is not available
Gambar xa.com

Tambahan lagi, ia dapat membantu mereka untuk menaikkan lagi produktiviti ketika bekerja . Di samping dapat menjimatkan masa dalam melaksanakan proses pengeluaran, ia sudah mampu memenuhi permintaan ubi kayu yang tinggi dari serata dunia.

image is not available
Gambar oleh agfundernews.com

Chhay Thi, sebuah organisasi yang bertindak sebagai penyelaras wilayah dalam ADHOC (Cambodia Human Right and Development Association), adalah antara yang terawal menggunakan sistem dron ini. 

Mereka yang mempunyai ladang seluas 20 hektar menggunakan sebanyak 10 buah dron XAG untuk melakukan demonstrasi semburan terhadap 10 hektar ladang ubi kayu milik mereka.

image is not available
Gambar oleh jeccomposite.com

Tidak seperti semburan air atau bahan kimia yang menggunakan mesin atau jentera, teknologi alat ini dilihat sangat efektif. 

Ia lebih mudah dan pantas malah semburan tersebut mampu meliputi seluruh kawasan ladang dengan sama rata. 

Ditambah lagi dengan alat kawalan jauh yang boleh diakses menerusi telefon pintar, semestinya ia boleh digunakan dimana-mana sahaja.

image is not available
Gambar xa.com

Sebelum ini, proses penanaman ubi kayu secara manual dilihat mengambil masa lebih daripada seminggu bagi melakukan kerja-kerja penyemburan untuk ladang seluas 10 hektar. 

Kini, mereka memerlukan masa sejam sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut dengan menggunakan teknologi ini. 

image is not available

Penggunaan dron juga dilihat sangat membantu dalam membangunkan lagi industri pertanian Kemboja. Rata-rata petani memperoleh sumber pendapatan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. 

Dalam masa yang sama, mereka sudah mempunyai kemampuan untuk memperbesarkan lagi kawasan pertanian walaupun hanya bermula dengan keluasan ladang yang berskala kecil.

Mereka juga sudah berupaya untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Kemboja.

image is not available

Kemajuan teknologi dron jelas memberi kesan yang sangat hebat pada masa depan dan dapat memberikan banyak kebaikan untuk semua. - Getaran, 15 Jun 2022