DSV Berdepan Dakwaan Muat Naik Hantaran Komunikasi Sumbang Menerusi Youtube

Entertainment
8 Nov 2022 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available
cik b dsv

Seringkali terpalit dengan kontroversi, usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) kini sedang berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Berita Harian, DSV dikatakan akan didakwa di Kompleks Mahkamah Sepang dan dilihat tiba di perkarangan kompleks berkenaan pada jam 9.50 pagi tadi.

 

Komunikasi sumber menerusi lagu viral

Dikhabarkan, DSV akan didakwa di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang. Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut sumber, DSV melakukan kesalahan itu di YouTube menerusi sebuah lagu yang viral di media sosial beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, usahawan kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, atas 4 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.