Dua Adun Bersatu Digugurkan Dari Exco Kerajaan Perlis

LocalPolitics
25 Nov 2024 • 4:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Adun Bersatu

Perlis mencuri perhatian ramai apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Bersatu, Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Megat Hashirat Hassan (Pauh) digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri.

Langkah ini disahkan sendiri oleh Wan Zikri yang mengakui dirinya dan seorang lagi rakan Adun Bersatu telah digantikan.

Siapa ganti tempat mereka?

image is not available

Menurut laporan Malaysia Kini, tempat mereka diganti oleh dua Adun lain daripada Bersatu juga, iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), yang merupakan pengerusi Bersatu Perlis, dan Marzita Mansor (Sena). Langkah ini memastikan kuota Bersatu dalam exco kerajaan Perlis kekal tiga daripada lapan tempat.

Seorang lagi Adun Bersatu yang kekal dalam kabinet negeri ialah Izizam Ibrahim dari DUN Titi Tinggi.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dari PAS, turut dikatakan melakukan perubahan portfolio dalam rombakan ini. Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai portfolio baharu belum diumumkan secara rasmi.

Pengesahan daripada Adun, Wan Zikri

image is not available

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Wan Zikri mengesahkan perkara ini berkata “Ya, saya dan seorang Adun juga dari Bersatu (digugurkan).”

#OhmediaNasihat

Rombakan politik adalah perkara biasa dalam pentadbiran kerajaan. Apa yang penting, setiap perubahan perlu membawa manfaat kepada rakyat. 

Sebagai rakyat, kita perlu terus cakna dengan perkembangan politik agar hak dan kepentingan kita sentiasa terjaga. Politik mungkin berubah, tetapi tanggungjawab kepada rakyat tidak boleh diabaikan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Kini