Tiga Muka Baharu Angkat Sumpah Sebagai Exco Perlis

LocalPolitics
25 Nov 2024 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tiga muka baharu yang dilantik menjawat jawatan itu ialah ADUN Sena, Marzita Mansor; ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

image is not available

Foto: Harian Metro

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berangkat untuk menyaksikan istiadat angkat sumpah tersebut yang berlangsung di Istana Arau.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Sementara itu, ADUN Santan, Mohd. Azmir Azizan; ADUN Kayang, Asrul Aimran Abdul Jalil; ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; ADUN Simpang Empat, Razali Saad dan ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dikekalkan sebagai Exco.

image is not available

Foto: Kosmo!

Kelima-lima mereka yang dilantik semula mengangkat sumpah jawatan tersebut dalam istiadat sama.

Dalam pada itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)