Dua anak kapal cedera selepas kapal terkena objek di Selat Hormuz

21 Sep 2026 • 8:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua anak kapal cedera selepas kapal terkena objek di Selat Hormuz

TEHERAN: Dua anak kapal cedera selepas sebuah kapal tangki terkena objek tidak diketahui pada Isnin di Selat Hormuz, menurut sebuah agensi maritim.

Teheran berusaha mengekalkan cengkaman terhadap laluan perairan penting itu dalam peperangannya dengan Amerika Syarikat (AS), manakala Washington meneruskan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran.

“Pihak berkuasa ketenteraan memaklumkan bahawa sebuah kapal tangki yang sedang belayar memasuki kawasan berkenaan terkena objek tidak diketahui,” kata Operasi Perdagangan Marin United Kingdom (UKMTO).

“Dua anak kapal mengalami kecederaan ringan dan kapal itu dilaporkan meneruskan pelayaran ke pelabuhan persinggahan seterusnya menggunakan kuasanya sendiri,” tambahnya.

Syarikat keselamatan Britain, Vanguard Tech berkata, kapal tangki berbendera UK, La Stephanie terkena dron ketika belayar menuju ke Teluk.

Ia turut melaporkan dua anak kapal mengalami kecederaan ringan. – AFP

The post Dua anak kapal cedera selepas kapal terkena objek di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved