Sukan Asia: Atlet, kontinjen berdepan risiko

19 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Atlet, kontinjen berdepan risiko

NAGOYA – Belum sempat reda isu penempatan atlet dan logistik, penganjur Sukan Asia 2026 kini berdepan ancaman taufan ganas yang mampu mencetuskan risiko terhadap sebuah kapal persiaran yang menempatkan ribuan atlet.

Lebih 17,000 atlet dan pegawai dari seluruh Asia kini mula membanjiri bandar pelabuhan Nagoya serta wilayah Aichi, namun temasya sukan terbesar benua ini mula dipalit pelbagai masalah yang mencetuskan keresahan kontinjen bertanding.

Langkah penjimatan kos penganjur yang enggan membina Perkampungan Sukan apabila peserta di tempatkan di beberapa hotel, kabin kontena dan sebuah kapal persiaran mewah, Costa Serena yang dijadikan tempat menginap atlet.

Terbaharu, Agensi Kaji Cuaca Jepun memberi amaran bahawa Ribut Tropika Dujuan dijangka membadai pulau utama Jepun pada Ahad atau Isnin ini.

Situasi mencemaskan itu meletakkan nasib kira-kira 4,000 atlet yang menginap di atas kapal persiaran yang berlabuh di Pelabuhan Nagoya dalam keadaan tidak menentu.

“Apa yang mampu kami lakukan sekarang hanyalah berdoa agar senario terburuk
tidak berlaku,” lapor akhbar terkemuka, The Asahi Shimbun.

Akhbar berkenaan turut mendedahkan, laluan ribut itu masih sukar dijangka dan langkah paling drastik yang mungkin diambil sekiranya keadaan bertambah buruk adalah mengarahkan kapal persiaran gergasi itu berlayar keluar dari kawasan pelabuhan demi keselamatan.

Minggu lalu, taburan hujan luar biasa membasahi Nagoya sehingga memaksa peserta mengosongkan kediaman kontena berkenaan buat sementara waktu hingga mencetus sedikit kerisauan terhadap kontinjen yang bertanding.

Malah, beberapa kontinjen antarabangsa secara terbuka mula menyuarakan rasa tidak puas hari terhadap kualiti fasiliti tuan rumah termasuk saiz katil yang terlalu pendek serta isu kekurangan bilik. – AGENSI

The post Sukan Asia: Atlet, kontinjen berdepan risiko appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved