Dua bangunan lama sekolah di Beaufort musnah terbakar

14 Mar 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Dua bangunan lama Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Kecil, di sini, yang dijadikan setor penyimpanan peralatan sekolah musnah dalam kebakaran pada pagi Khamis.

Pegawai Kanan Zon Beaufort Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS999 pada pukul 8.50 pagi, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.11 pagi.

Katanya, 19 anggota dan empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, BBP Kimanis dan BBP Beaufort terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Komander Operasi, PBK II Abdul Khalid telah mengarahkan anggota memadamkan kebakaran menggunakan air dari jentera dan lori tangki air.

“Bangunan pertama, berkeluasan 6.09 meter x 9.14 meter dan bangunan kedua, berkeluasan 6.09 meter x 30.48 meter jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,” katanya.

Operasi terkawal pada jam 9.28 pagi dan ditamatkan pada 10.55 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud.

Mohd Jowalia Kimsin, yang melihat kebakaran itu dari tepi jalan, berkata tiada murid terbabit dalam kejadian itu kerana sekolah ditutup susulan banjir baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved