Dua bangunan lama SK Klias Kecil musnah terbakar

13 Mar 2025 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bangunan lama menempatkan peralatan sekolah musnah terbakar dalam kejadian di SK Klias Kecil, Beaufort.

image is not available
Api marak meranapkan struktur bangunan lama di SK Klias Kecil, Beaufort.

BEAUFORT - Dua bangunan lama yang dijadikan stor penyimpanan peralatan sekolah hangus terbakar dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Kecil, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, sesi persekolahan sedang berjalan namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau murid yang terjejas.

**media[3043981]**

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Muhammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.50 pagi.

"Ketika kejadian, memang ada murid di sekolah namun mereka berada di bangunan lain manakala bangunan yang terbakar itu adalah bangunan lama yang dijadikan stor.

"Kedua-dua bangunan adalah jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved