Dua bebas tuduhan edar dadah

LocalPolitics
13 Sep 2025 • 5:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Dua lelaki tempatan yang dituduh mengedar dadah tiga tahun lalu di sini, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Sandakan pada Jumaat.

Hakim Saiful Azian Mokhtar membacakan keputusan itu terhadap Ho Chee Wai, 49, dan Roslan Charni, 40, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Tertuduh sebelum ini ditahan pada  jam 10.30 pagi 18 Januari 2022 di kawasan pam angin sebuah stesen minyak di Batu 9, di sini, dan dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 700.4 gram.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, hukuman mandatori adalah mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Ho diwakili peguam Datuk Nelson Wences Angang, manakala Roslan diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Amirul Amin Rashid.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Risal Abd Fikkah.