Dua Bekas Tentera Mengaku Bersalah Ceroboh Bilik Guru & Koperasi Sekolah, Larikan RM25

Entertainment
10 Sep 2025 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua bekas tentera mengaku bersalah hari ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas dua pertuduhan menceroboh bilik koperasi dan bilik guru dengan melarikan wang tunai RM25 di sebuah sekolah di Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

Tertuduh, Mohd Izaman Sazli Che Noordin, 40, dan Mohd Zulkifli Mat Ghani, 41, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, mahkamah bagaimanapun menetapkan 21 September depan untuk fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa menceroboh bilik koperasi dan bilik guru dengan melarikan wang tunai RM25 di sebuah sekolah di Batu Melintang jam 1 pagi pada 31 Ogos lalu.

Mengikut laporan Harian Metro, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 September sebagai tarikh fakta kes dan hukuman.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.