Dua Beradik Hanyut: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang

5 Dec 2025 • 12:09 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang daripada dua beradik yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu ditemukan di Sungai Kantan sekitar pukul 7.47 malam tadi.

Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang

image is not available

“Bagaimanapun, dukacita saya ingin maklumkan bahawa mangsa yang ditemui disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10 malam di Hospital Kajang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR masih diteruskan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam bagi menjejak abang mangsa yang berusia 14 tahun dan masih belum ditemukan.

image is not available

Artikel lain: UMK Dukacita Pelajar PhD Maut, Kereta Terbabas Ke Dalam Tasik

Terdahulu, dua beradik itu dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika cuba mencapai bola yang terjatuh ke dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.image is not available

Menurut Naazron, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6.29 petang sebelum gerakan SAR segera digerakkan.

Sumber: Kosmo! Online

The post Dua Beradik Hanyut: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved