TLDM selamatkan dua nelayan Indonesia hanyut di Pulau Jarak

4 Dec 2025 • 12:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
TLDM menyelamatkan dua nelayan warga Indonesia selepas bot mereka hanyut di laut berhampiran Pulau Jarak di Selat Melaka, dekat Lumut.

IPOH - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan dua nelayan warga Indonesia selepas bot mereka hanyut di laut berhampiran Pulau Jarak di Selat Melaka, dekat Lumut.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan malam ini memaklumkan, bot nelayan yang berasal dari Belawan, Indonesia itu mengalami kerosakan enjin dan hanyut sejak 28 November lepas, ketika keluar menangkap ikan.

Kapal Diraja (KD) Kinabalu yang sedang melaksanakan rondaan operasi di sekitar perairan Pulau Jarak pada awalnya mengesan sebuah bot nelayan terapung.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikemudi oleh dua nelayan Indonesia, dan mengalami kerosakan enjin. Bantuan teknikal untuk membaiki enjin telah diberi, namun tidak berhasil kerana kerosakan yang serius dan memerlukan alat ganti.

"Atas dasar kemanusiaan, bantuan logistik, makanan dan pemeriksaan perubatan awal telah diberikan dengan sewajarnya. Kedua-dua nelayan berkenaan telah diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved