Dua beradik hilang, polis minta bantuan orang ramai

15 Feb 2025 • 12:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua beradik berumur 10 dan 15 tahun dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan pada Khamis.

KAJANG - Dua beradik berumur 10 dan 15 tahun dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan keduanya dibuat oleh ibu mereka kira-kira jam 2.48 pagi, Jumaat.

Menurutnya, mangsa, Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15, dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail, 10, kali terakhir dilihat berada di rumah mereka sebelum didapati hilang.

"Nur Syafiqah memiliki ketinggian 140 sentimeter, berat 40 kilogram, bertubuh kecil dengan rambut pendek dan kali terakhir dilihat memakai baju sejuk gelap, seluar trek panjang gelap, dan selipar berwarna ungu.

"Adiknya, Muhammad Adam pula berketinggian 135 sentimeter, memiliki berat 30 kilogram serta bertubuh kecil dan berambut pendek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

"Sebarang maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan B Karunagaran di talian 012-2449414," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved