Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah

LocalBusiness & Finance
13 Feb 2025 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA TERENGGANU, 13 FEB: Pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kedua-dua mangsa melihat tawaran cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan sebuah bank tempatan di laman sosial berkenaan pada 11 Februari lalu dan menekan pautan yang tersedia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata bagaimanapun mereka diminta mendedahkan maklumat perbankan masing-masing bagi mendapat hadiah yang ditawarkan.

“Mangsa lelaki yang berusia 50 tahun dan wanita yang berumur 60 tahun itu kemudiannya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan mereka telah mendaftar aplikasi bank berkenaan di telefon bimbit.

“Kedua-duanya yang curiga membuat semakan dengan pihak bank dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing lesap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata pesara dan guru itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan polis turut menerima lima lagi laporan berkaitan modus operandi penipuan sama, namun tidak melibatkan kerugian.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi sindiket penipuan yang licik dan sentiasa berubah-ubah.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved