Dua beradik maut dalam kebakaran rumah di Manggatal

22 Sep 2023 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua beradik maut dalam kebakaran yang memusnahkan enam rumah di Kampung Pulutan, Manggatal, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, Khamis.

Mereka dikenali sebagai Jackron Jabri, 6, dan Jayraiyen Jabri, 5.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi, kedua-dua mayat kanak-kanak itu ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurut Agustavia, hanya dua beradik itu berada di rumah ketika kejadian.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Ibu mereka keluar bekerja dan bapa telah menghantar sepupu mereka ke hospital untuk pemeriksaan. Adik beradik mereka yang lain masih bersekolah.

“Jackron baru pulang dari prasekolah dan Jayraiyen bersendirian di rumah sebelum itu,” katanya.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah melaporkan 34 pegawai dan anggota balai Lintas dan Kota Kinabalu dikerahkan sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.13 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan struktur sementara iaitu empat rumah berukuran 25x30 kaki, 25x40 kaki dan 25x60 kaki.

“Pemadaman menggunakan dua aliran yang bersumberkan jentera bomba. Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap itu.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.53 petang dan ditamatkan pada jam 5.25 petang. Siasatan diteruskan untuk menentukan punca kebakaran dan anggaran kerugian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.