Dua beradik rentung ditinggal bersendirian - Bomba

21 Sep 2023 • 9:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lokasi mayat dua beradik ditemukan di bahagian ruang tamu rumah mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Pulutan, Manggatal pada Khamis.

KOTA KINABALU - Mayat dua beradik yang rentung dalam kebakaran melibatkan enam rumah ditemukan berdekatan di bahagian ruang tamu kediaman mereka di Kampung Pulutan, Menggatal di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kedua kanak-kanak itu difahamkan bersendirian di rumah tanpa kedua ibu bapa mereka.

"Ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung itu baru saja pulang dari sekolah tadika manakala adiknya berusia lima tahun memang berada di rumah.

"Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan oleh ibunya yang keluar bekerja manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital. Sementara itu, adik beradik lain berada di sekolah.

"Kedua-dua mayat ditemukan berdekatan antara satu sama lain di bahagian ruang tamu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mayat Jackron Jabri, 6, bersama adiknya Jayraiyen, 5, ditemukan di dalam salah sebuah rumah yang terbakar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved