Dua beradik maut nak ke sekolah

2 Oct 2026 • 4:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik maut nak ke sekolah

IPOH – Perjalanan seorang murid tahun empat ke sekolah bertukar tragedi apabila dia maut bersama kakaknya selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Perpaduan, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Suhaila Ibrahim, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Dermawan dan kakaknya, Elyana Nasuha, 19, maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi kakak Suhaila, Norhayati Qaliesha, 12, yang turut membonceng motosikal sama, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam pada pukul 7.40 pagi dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika penunggang motosikal jenis Yamaha EZ115 itu dalam perjalanan menghantar dua adiknya ke sekolah.

“Tiga beradik itu datang dari arah Jalan Perpaduan menuju ke Bercham. Pada masa sama, sebuah Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 19 tahun keluar dari simpang di sebelah kiri untuk memasuki jalan utama sebelum berlaku pertembungan dengan motosikal terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muhammad Najib, pemandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua beradik maut nak ke sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved