Dua beranak OKU rentung dalam kebakaran pondok di dusun

1 Jan 2024 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

IPOH, 1 JAN: Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok yang berlaku di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, Gerik, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata laporan kejadian itu, diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik daripada pihak polis jam 7.38 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang telah musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Terdapat dua mangsa perempuan, masing-masing berusia 76 tahun dan anaknya berusia 43 tahun yang merupakan OKU penglihatan, didapati rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sayani berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis jam 9.00 pagi untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved