Empat cedera dalam kebakaran bilik transformer di Petaling Jaya

31 Dec 2023 • 9:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Empat lelaki dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran sebuah bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya pada 5.53 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka ialah Muhammad Adham Nor Zali, 22; Zaiful Amrun Mohd Zahar, 52; Nik Hafzan Ali, 34, dan Muhd Fauzi Abdul Rahim, 37.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan namun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 44 minit kemudian dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Subang Jaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kebakaran menyebabkan bilik transformer berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Fakhrudin Abdul Hamid pula ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa stabil dan hanya melecur anggota badan serta masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved