Dua beranak rentung dalam kebakaran rumah

20 Nov 2026 • 10:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua beranak rentung dalam kebakaran rumah

SHAH ALAM, 20 NOV: Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Batu Pahat pagi tadi.

Kebakaran yang dipercayai berlaku kira-kira jam 2.40 pagi itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah 70 peratus.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Mohamad Shamim Mohamed Salikin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 pagi.

Menurutnya, 16 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 70 kaki (kira-kira 12 x 21 meter).

“Tindakan operasi pemadaman dijalankan menggunakan aliran pemadaman dengan sumber air dari tangki pam jentera BBP Ayer Hitam dan BBP Penggaram.

“Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 70 peratus struktur rumah. Seramai dua orang mangsa ditemukan rentung di bilik utama rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Mohamad Shamim berkata, kedua-dua mangsa dipercayai ibu dan anak, namun identiti, jantina serta umur mereka masih belum dikenal pasti.

Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya dan pasukan bomba menyerahkan kes kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut selepas memastikan keadaan selamat.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved