Tragedi Awal Pagi: Ibu, Anak Maut Rumah Terbakar

20 Nov 2026 • 11:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tragedi Awal Pagi: Ibu, Anak Maut Rumah Terbakar

BATU PAHAT - Dua individu dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung selepas sebuah rumah di Kampung Parit Raja, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 2.40 pagi. 

Identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Shamim Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 pagi sebelum menggerakkan 16 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah separuh kekal berukuran 40 x 70 kaki (kira-kira 12 x 21 meter) sedang terbakar.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan bekalan air daripada tangki jentera bomba BBP Ayer Hitam dan BBP Penggaram.

“Kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur rumah berkenaan, manakala dua mangsa ditemukan rentung di dalam bilik tidur utama.

“Kedua-dua mangsa dipercayai ibu dan anak, namun jantina serta usia mereka masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman ditamatkan selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat sebelum tempat kejadian diserahkan kepada pasukan forensik untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Getaran, 20 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved