Dua beregu campuran negara mara ke separuh akhir Terbuka China

8 Sep 2023 • 4:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara berhasil menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2023, selepas menumpaskan lawan masing-masing di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, hari ini.

Pada aksi suku akhir hari ini, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagaimanapun terpaksa berhempas pulas selama 55 minit sebelum berjaya menumpaskan pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, 21-15, 13-21 dan 21-16.

Juara Terbuka Taiwan 2023 itu akan membuat perhitungan bersama pilihan kelapan kejohanan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis, esok.

Turut mengiringi mereka ialah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang melakar kejutan menewaskan pilihan keempat kejohanan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand menerusi perlawanan straight set 21-18 dan 21-19.

Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-23 dunia akan bertemu pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae- Chae Yu Jung, yang juga pilihan kelima kejohanan pada pusingan separuh akhir esok. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved