Dua budak lemas mandi di kolam terbiar

20 Jul 2026 • 9:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua budak lemas mandi di kolam terbiar
Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian

SANDAKAN – Dua kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dalam kejadian di Jalan Sungai Manila, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, dan seorang lagi yang identitinya masih belum dikenal pasti, 11, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.01 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 19 kilometer dari BBP Sandakan.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat dua mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dan sebaik pasukan bomba tiba, kedua-dua mangsa telah berjaya ditemui serta dibawa keluar oleh orang awam.

“Pemeriksaan oleh pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membantu mengangkat kedua-dua mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.08 malam selepas memastikan keadaan selamat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved