5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai

Environment
20 Jul 2026 • 4:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jumaat (17 Julai) lalu masyarakat digemparkan dengan insiden seorang wanita dan dua kanak-kanak yang maut selepas dihanyutkan arus deras dalam satu kejadian kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, Kulim.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Shamsul Sinring, kejadian disyaki berpunca dari kepala air yang datang secara tiba-tiba dan siren kecemasan di tempat kejadian mengalami kerosakan

Insiden tersebut mencuri perhatian ramai apatah lagi video ketika kejadian turut tular di media sosial yang menyaksikan keadaaan tenang seminit sebelum fenomena tersebut berlaku.

View on Threads

Secara amnya, fenomena kepala air adalah aliran air di sungai yang tiba-tiba meningkat dengan sangat deras akibat hujan lebat di kawasan hulu, walaupun cuaca di lokasi tersebut mungkin tidak hujan.

Fenomena ini kadang kala tidak dapat dijangka namun anda boleh mengenal pasti lima tanda awal sebelum kejadian ini berlaku.

Berikut antara lima tips yang boleh anda gunakan untuk mengesan kehadiran kepala air terutamanya ketika sedang mandi-manda di sungai.

#1 Keadaan Langit Hulu Sungai

Image from: 5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai
Foto: Pexels

Semasa tiba di kawasan perkelahan atau sungai, anda disaran untuk melihat keadaan langit terutamanya di hulu sungai atau kawasan puncak bukit.

Seperti yang anda sedia tahu, fenomena kepala air biasanya terjadi akibat daripada hujan di kawasan hulu sungai.

Sekiranya anda mendapati keadaan langit di hulu sungai berada dalam keadaan gelap serta diikuti dengan bunyi guruh, anda dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan itu walaupun kawasan anda mandi-manda berada dalam keadaan yang cerah.

#2 Kemunculan Ranting Kayu, Air Berkelodak & Berbuih

Image from: 5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai
Foto: Freepik

Sekiranya anda perasan kemunculan ranting-ranting kayu, air sungai tiba-tiba berbuih ketika mandi manda atau air berkelodak, anda perlu segera naik ke darat.

Ini kerana kehadiran ranting kayu dan perubahan air juga merupakan tanda awal kepala air bakal berlaku.

Jadi, sentiasa peka dengan kawasan di sekeliling anda.

#3 Peka Dengan Siren Amaran

Image from: 5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai
Foto: Freepik

Kebanyakan tempat perkelahan pada masa kini dilengkapi dengan siren amaran untuk bantu pengunjung mengenal pasti petanda awal terutamanya fenomena kepala air ini.

Antara tempat kawasan air terjun yang dilengkapi dengan siren amaran berbunyi ini adalah Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.

Jadi, apabila mendengar bunyi siren ini semasa anda berada di kawasan air terjun atau sungai, segeralah naik ke darat.

#4 Perubahan Arus & Warna Air Sungai

Image from: 5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai
Foto: Pexels

Antara petanda awal kepala air bakal berlaku adalah melalui perubahan arus dan warna air sungai berkenaan.

Sambil-sambil anda mandi, cuba perhatikan arus dan warna air sungai. Sekiranya anda merasakan arus sungai tiba-tiba laju, itu juga boleh menjadi satu ‘hint’ buat anda.

Perhatikan juga warna air sungai semasa anda mandi, sekiranya air tiba-tiba menjadi keruh dan berwarna kuning, itu juga merupakan satu petanda.

#5 Peka Dengan Cuaca

Image from: 5 Tips Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Berada Di Sungai
Foto: Pexels

Ketika anda sedang seronok mandi di sungai, cuba lihat keadaan cuaca di persekitaran anda. Yang paling penting sekali adalah keadaan cuaca di hulu sungai.

Perubahan cuaca juga merupakan salah satu petanda awal fenomena kepala air bakal berlaku. Sebagai langkah awal, sentiasa semak ramalan kaji cuaca sekiranya perlu sebelum anda pergi bercuti di kawasan air terjun.

Jadi, amalkan lima tips ini sekiranya anda mahu elakkan diri daripada menjadi mangsa fenomena kepala air.

Ini kerana anda hanya mempunyai masa 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri anda.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Kepala Air Di Jeram Mawar, Identiti 8 Mangsa Sudah Dikenal Pasti

Baca Artikel Berkaitan: Fenomena Kepala Air Landa Kaki Gunung Jerai Sebabkan Banjir Di Beberapa Kawasan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved