Dua cedera kemalangan babit Proton Persona, lori

LocalCars
26 Mar 2026 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Dua orang cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan Proton Persona dan sebuah lori di Jalan Kunak - Tawau berhampiran Kampung Simpang Empat pada pagi Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.46 pagi.

“Sepasukan anggota diketuai PBKII Ibrahim Ismail bersama enam anggota dengan jentera FRT dan EMRS ke lokasi kejadian yang jaraknya lapan kilometer dari balai.

“Sejurus tiga anggota bertugas mendapati terdapat empat mangsa di dalam Proton Persona.

“Seorang penumpang perempuan berusia 56 tahun mengalami kecederaan parah di kaki sementara seorang lelaki berumur 55 tahun cedera ringan.

“Dua lagi penumpang dalam kenderaan sama iaitu lelaki berumur 27 tahun dan perempuan berusia 26 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM) turut ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.

Sementara itu katanya mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Persona itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS.

Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8.17 pagi.