Dua cedera kemalangan di Ranau

27 Sep 2023 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang lelaki cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas lori yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung sedalam 3 meter dekat sini awal pagi Selasa.

Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib, berkata kejadian itu berlaku di Jalan Ranau-Tambunan berhampiran Kg Tungou pada jam 3.50 pagi.

“Panggilan diterima melalui Talian Stesen berhubung kejadian itu dan sekumpulan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Becket bin Gumat bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian sejauh 17 kilometer dari stesen, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah Lori Isuzu 3 tan yang terbalik dan terjunam ke dalam gaung setinggi 10 kaki.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Terdapat dua mangsa terlibat berusia 56 dan 35 tahun yang merangkak keluar sendiri dari kenderaan yang remuk itu sebelum Bomba tiba,” katanya.

Menurut Ridwan, pasukan Bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa dan sebelum menyerahkannya kepada pihak Ambulans untuk dibawa ke Hospital Ranau bagi rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.45 pagi,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah itu terutama di jalan kampung yang sempit dan berliku.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan selain ketika melalui jalan rosak,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.